bouena's FotoPage

By: fadz san

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 16-Aug-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
Nasi beriani...acar rampai...ayam masak merah

nasi beriani
acar rampai
ayam masak merah
hari ni rasa nak masak nasi beriani saja nak cuba sebab ade terjumpa perencah nasi beriani, boleh jemput kaan kawan makan sekali. Fadz masak banyak juga sampai simpan buat breakfast, diorang tak sempat makan lama sebab nak pi hospital malam tu...sampai hati korang takpe esoknya korang jugak yang habiskan

NASI BERIANI


Bahan-bahan:

500 - 750 g daging potong kecil
3 - 4 cawan beras basmati basuh dan sejat 30 minit
5 biji bawag merah hiris nipis
2 ulas bawang putih hiris nipis
3 biji tomato potong dadu
3 biji kentang potong dadu
2 inci halia hiris nipis
1 cawan plain yogurt
daun ketumbar
bawang goreng
minyak
bunga lawang,kulit kayu manis,ketumbar,cengkih
1 paket National Beriani

Cara :

1. Goreng rempah kasar dalam minyak panas sampai naik bau, kemudian masukkan bawang dan tomato ,goreng hingga perang.
2. Masukkan daging, halia,bawang putih,yogurt dan rempah beriani.Masak sehingga daging cukup empuk.
3. Masukkan air dan kentang.Masak daging lagi beberapa minit sehingga daging empuk dan kuah tidak terlalu kering.
4 . Dalam periuk nasi : masak nasi yang disejat tadi seperti biasa tetapi dikurangkan sedikit kuantiti air.Masak sehingga nasi separuh masak. Sejat air daripada nasi tadi
5. Bahagikan nasi kepada dua bahagian dan diselang-selikan antara lapisan nasi dengan daging yang dimasak tadi.Pada tiap lapisan daging tabur daun ketumbar dan bawang goreng.
6. Tutup periuk nasi dan masak sehingga nasi masak penuh.Kemudian boleh dihidang.


ACAR RAMPAI


Bahan-Bahan:
1 biji timun
1 batang karot
2 biji cili hijau (dipotong sepanjang 2.5 sm)
2 biji cili merah (dipotong sepanjang 2.5 sm)
3 ulas bawang merah (hiris)
1 camca sedang serbuk kunyit
5 camca sedang cuka
1 labu bawang besar (dimayang memanjang)
1 camca besar bijan
1.2 sm halia dimayang
Gula dan garam secukup rasa
Bunga lawang,kulit kayu manis,cengkih,ketumbar

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan rempah kasar serta halia. Masukkan cili, timun dan karot yang telah dipotong memanjang. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata. Masak jangan terlalu lama kerana takut timun dan karot menjadi terlalu lembik.


AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan:

Ayam ~ dibersihkan dan dipotong kecil
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ dihiris
Bawang putih ~ dihiris
Puri tomato
Garam
Gula
Air
Sos cili dan sos tomato
Cili kering yang dikisar
Minyak

Cara :

1. Ayam digoreng lembab. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan cili (mengikut kepedasan yang diingini).
3. Masukkan hirisan bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan tomato puree. Kacau rata.
5. Masukkan sos cili dan sos tomato
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tuangkan air secukupnya
7. Masukkan ayam dan biar masak.


Thursday, 14-Aug-2008 15:59 Email | Share | | Bookmark
pai daging

sebelum dibakar
selepas dibakar
Sebenarnya dah lama Fadz nak bagi resepi ni dari dulu takde masa nak taip,tapi hari ni tiba-tiba rasa rajin nak menaip . Dulu Fada reka resepi ni untuk buat jamuan celebrate birthday senior dan ramai kawan yang dah mencuba..maafla gambar tak berapa menarik sebab nak cepat.....insyaAllah sedap..selamlat mencuba



PAI DAGING

Bahan-bahan :

500 kg daging cincang
3 biji kentang ( dipotong dadu )
2 biji bawang besar ( dihiris kasar )
1 biji cili benggala ( dipotong dadu )
Daun sup ( dihiris halus )
1 paket sup cendawan
Roti ( dicarik kecil )
Potato chips ( diramas hingga hancur )
Mayonis
Mozzarella cheese
Serbuk lada hitam
Serbuk pati ayam
Garam


Cara:

1. Rebus daging cincang dan masukkan kentang yang dipotong dadu tadi apabila air rebusan baki separuh.
2. Bila air kering masukkan hirisan bawang, separuh daun sup, serbuk lada hitam serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Kemudian ketepikan bila air betul-betul kering.
3. Dalam periuk yang lain, renih sup cendawan.
4. Kemudian rendam roti yang dicarik tadi sehingga lembut. Pastikan roti tidak terlalu berair atau kering.
Jumlah roti bergantung pada selera masing-masing, makin banyak makin tebal pai tapi budak-budak suka roti yang sedikit. Biasanya Fadz akan guna separuh bungkus roti hiris atau 6 batang roti panjang.
5. Dalam loyang pembakar, ratakan daging yang dimasak tadi dan mampatkan.
6. Kemudian, sapu mayonis atas pemukaan daging.
7. Ratakan roti yang direndam tadi di atas lapisan mayonis.
8. Tabur cili benggala dan baki daun sup yang dihiris tadi.
9. Tabur mozzarella cheese di atas pemukaan penuh.
10. Kemudian tabur potato chips yang diramas hancur di atas permukaan cheese tadi.
11. Akhir sekali, bakar dalam oven sekadar untuk mencairkan cheese.


p/s :
 Bakar sekejap jer sebab chips mudah terbakar hangus
 Boleh dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi










Saturday, 26-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
summer vacation...

mountain of death
nie la lubang2 kubur kerabat masyarakat dulu
ammon oracle tample, cleopatra
View all 6 photos...
matrouh & siwa first vacation this summer.Panas memang panas tapi ni la lumrah egypt, panas tetap panas. Balik je dari trip muka dh burned, nasibla yg penting enjoyed the trip.nie some picture during vacation..[url]


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net